PERHATIAN: JANGAN BERI PASSWORD WEBSERVER ANDA KEPADA SESIAPA TERMASUK UPLINE/ ADMIN/ STAFF/ PETUGAS SERVER ATAU SESIAPA PUN.

Keuntungan

KEUNTUNGAN

Terdapat banyak keuntungan jika anda menjadi dealer/agen topup di palaniereload. Antaranya adalah seperti dibawah :

✅ Yuran pendaftaran SEKALI SEUMUR HIDUP.
✅ Komisen topup antara yang TERTINGGI di pasaran! Mendapat keuntungan dari 2.5% hingga 5.5%.
✅ Yuran pendaftaran antara yang TERENDAH di pasaran! Serendah RM10.
✅ Perkhidmatan topup 24 JAM dan reload serta-merta.
✅ Topup dan Bayar Bil menggunakan SMS, WECHAT, WEBSERVER atau APPS.
TIDAK PERLU menyimpan stok kad topup.
✅ Urusniaga dimana-mana sahaja.
✅ Bukan Skim Cepat Kaya, Pelaburan MLM & lain2.


Disini, kami ingin memberitahu anda bagaimana anda boleh untung dengan berniaga topup.

1. Keuntungan jualan topup kepada orang lain (Dealer/Agen)
Jika pelanggan anda ingin membeli topup Umobile RM30, pelanggan anda membayar RM30 kepada anda. Anda akan topup pelanggan anda melalui akaun topup. Handphone pelanggan anda akan ditopupkan dengan Umobile 30.

Jika anda adalah Dealer kami, anda akan dapat komisyen 5.5% untuk setiap topup Umobile. Kos sebenar anda selepas dikira komisyen adalah RM28.35. Jadi, anda telah UNTUNG RM1.65 dari bayaran pelanggan anda tadi.

2. Jimat topup untuk guna sendiri (Dealer/Agen)
Anda menggunakan line Umobile dan ingin topup RM50. Anda topupkan no anda melalui akaun topup. Handphone anda akan ditopupkan dengan Umobile 50.

Jika anda adalah Dealer kami, anda akan dapat komisyen 5.5% untuk setiap topup Umobile. Kos sebenar anda selepas dikira komisyen adalah RM47.25. Jadi, anda telah JIMAT RM2.75 dari topup anda sendiri.

3. Keuntungan mendaftarkan agen (Dealer)
Setiap dealer boleh daftarkan agennya sendiri tanpa had. Dealer boleh tentukan caj yuran pendaftaran untuk agen dan ianya 100% menjadi milik anda. Syarikat hanya akan mengenakan caj RM5 kepada dealer sebagai caj pemprosesan agen.

Contohnya anda caj yuran agen anda sebanyak RM30. Anda akan untung RM25 selepas ditolak caj pemprosesan agen. Modal topup, anda tentukan sama ada perlu buat bayaran lain atau tidak.

4. Keuntungan hasil jualan topup agen (Dealer)
Setiap jualan agen, dealer juga akan mendapat komisyen. Lebih ramai agen, lebih banyak komisyen yang akan anda dapat.

Contoh pengiraan keuntungan dari jualan topup agen anda.

Komisyen anda sebagai dealer:
Celcom 4.7%,
Maxis 2.0%,
Digi 4.0%,
Umobile 5.5%,
Tunetalk 4.0%,
XOX 4.0%

Anda daftarkan agen & setkan komisyen agen anda:
Celcom 3.5%,
Maxis 1.5%,
Digi 2.5%,
Umobile 3.5%,
Tunetalk 3.0%,
XOX 3.0%

Pengiraan untung dari jualan agen anda:

Formula : Komisyen dealer – komisyen agen = untung dealer
Celcom 4.7% – 3.5% = 1.2%
Maxis 2.0% – 1.5% = 0.5%
Digi 4.0% – 2.5% = 1.5%
Umobile 5.5% – 3.5% = 2.0%
Tunetalk 4.0% – 3.0% = 1.0%
XOX 4.0% – 3.0% = 1.0%

Jadi, anda sebagai dealer akan untung antara 0.5%-2% dari setiap transaksi topup yang agen anda lakukan. Semakin ramai agen anda, semakin banyak komisyen yang anda dapat! Berapa target agen anda? Tidak mustahil anda boleh mempunyai lebih dari 1000 agen. Anda tentukan sendiri!

P/S: Pengiraan ini hanyalah contoh sahaja, pendapatan sebenar mungkin diluar jangkaan bergantung kepada usaha anda sendiri.